Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Sunday, June 19, 2011

JERITAN JIWA

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum shbt..untuk waktu ini, aku tidak lagi bekerja makan gaji. Hanya membantu ibu di rumah.. Siapa tau, hati ini terlalu menginginkan pekerjaan yang baik, mendatangkan keuntungan serta mendatangkan ceria supaya boleh buat kerja dengan enjoy..

 Tapi syg, aku belum mampu untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi kerana kekurangan wang. Aku juga belum mampu untuk mencari pekerjaan yang baik kerana aku tinggal di kampung. Tiada lesen atau kenderaan yang aku miliki sendiri untuk memudahkan aku dapat kerja yang lebih banyak di bandar berbanding kampung, kerana aku gadis kampung. Terpaksalah aku mencari pekerjaan yang berdekatan dengan rumah walaupun gaji sedikit.

Betapa susah menjadi seorang gadis baik yang berjaya. Pernah aku berfikir untuk menikah saja dan hidup bersama seorang suami yang akan memenuhi keperluan hidupku. Tapi adakah dengan menikah awal, dapat menjamin kebahagiaan? Subhanallah, aku ingin ilmu agamaku cukup untuk aku mendirikan sebuah mahligai syurga. Untuk itu, aku harus memenuhi ilmuku yang tidak seberapa ini agar aku bisa melahirkan generasi al-Quran..
InsyaAllah..

Entah bagaimana masa depan aku nanti, hanya Allah yang tau. Semoga aku bisa mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.. Maka, jangan pernah kita putus asa..=)