Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Friday, March 29, 2013

TULISAN HATI


Dgn nama ALLAH yg Maha PEMURAH lg Maha PENYAYANG..

Assalamu'alaikum..

Laju sahaja tangan kurniaan Allah ini menaip entry kali ini..
Entry kali ini, ana ingin berkongsi tentang rahsia hati..
Luahan RASA??
Lebih kurang la...

Bukanlah ana menulis blog ini untuk merendahkan sesiapa,
Tetapi ia menjadi pelajaran bagi mereka yang mengambil pengajaran...
Termasuk diri ana sendiri sebagai hamba Allah..

Sebenarnya, ana ini merupakan seorang yang sangat suka memendam rasa..
Tapi bukanlah pendendam, sbb ana lontarkn semua rasa2 tu, dlm diari mahupun blog..
Dan rasa itu, ana lontarkan dalam sebuah diari..
Jadi, diari menjadi tulisan hati ana & ayat2 Allah dlm al-Quran jd penasihat terunggul..

Suka duka hidup ana, ana catatkan dalam diari..
Itulah tulisan hati ana..
Kini, ana upgrade dengan menulis di blog..
Ana ingin, setiap jalan cerita yang ana lalui,
akan diambil pelajaran.. (bg yg baca blog ana).. (^_^)

Andai 1 masa nty, ana dah tiada kt muka bumi ni,
Insan2 yg menyayangi ana akan tahu apa sebenarnya isi hati ana...
Ana ingin, mereka meneruskan perjuangan Islam dimuka bumi Allah dengan menghidupkan sunnah RasulNya..
Ana ingin catatan ana ini memberi motivasi kepada pembaca walaupun hanya 1%..
Ana mungkin tak mampu untuk mengangkat pedang atau senapang untuk melawan musuh Islam,
Tapi i'Allah, ana mampu untuk sebarkan ilmu Allah dimuka bumi ini biarpun sedikit..

Alhmdulillah,
hari ini, 1 perjumpaan usrah diadakan,
Perjumpaan kali ini sangat berharga kerana ianya bertujuan menyingkap kisah hidup dan personaliti setiap ahli usrah..
Hanya ada seorang ahli lelaki yg dapat hadir hari ini...
Itulah ketua kami sendiri, Muhammad Sharill.
Syukurlah, beliau masih setia dalam program dakwah..
Perjumpaan turut dihadiri oleh Najibah, Liyana, Faiezah dan ana sndiri..

Akhirnya, terungkai sebuah misteri personaliti yang terpendam..
Walaupun tidak 100%, PAHAM sikit pun jadi la...
Bagi yang bijak furqan (membezakan) dgn hati, mereka dapat pelajaran..
Bagi yg menghafal personaliti seseorang dengan guna akal sahaja tnpa hati,
Belum sampai pelajaran itu padanya..
Guna hati ye, bukan emosi...

Hati ni utk bezakan baik & buruk..
Emosi ni adalah naluri yg menggambarkan perasaan.. ni yg bahaya..
Kalau rasa kesal dgn sesuatu, kita terus marah2...itu bukan guna hati, tapi emosi...
Kalau rasa kesal dgn sesuatu, tapi kita fikirkan kenapa ia terjadi, YES, itu baru guna hati..
PAHAM TAK?? Harap2 paham ye... erm3..(-_-)

Bila saja ana sebutkan matlamat ana untuk jadi da'ie, ramai yg salah faham..
Mereka beranggapan,..
"Oh, da'ie ni jenis yg nk crita pasal agama je..."..hm... =_="
Da'ie yg ana maksudkn,
memglh menyampaikn ayat2 Allah, tp bukan cuma dengan kata2 sahaja..
Walaupun kita x keluarkan sebarang ayat2 Allah, dengan tingkah laku n akhlak yg baik pun, mereka boleh tertarik dengan agama itu sendiri..

Ana tak mampu berbicara yg sentiasa mengeluarkn ayat2 Allah..
Orang yg baru nak faham agama pun akan menjauh..
Jadi, cara ana, tarik mereka dengan akhlak Islam...
Ana lebihkan perbuatan berbanding kata2..
Ana takut, kalau ana lebihkan kata2 dr perbuatan,
Ana akan mengingkari ayat ini:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

(QS 61: 2-3)

Kerana ayat inilah, ana merasa terhalang dari terlalu banyak bicara melainkan perbuatan..Ops... Bukannya ana tak benarkan kawan2 utk berbicara bagi sebarkan dakwah ye...Ia tetap perlu..

TAPI....Pastikan kita buat apa yg kita cakap..Kita suruh orang bersabar, KITA SENDIRI jadi tak sabar..

     Tau2 je, tersebar berita kita marah2..

Kita suruh orang keluarkan kata2 yg baik, KITA SENDIRI celupar..

     Tau2 je, org mengumpat kata kita busuk hati o mulut..

Kita suruh orang berkongsi ilmu, KITA SENDIRI kedekut ilmu...

     Tau2 je, org kata kita blajar sorg2 je blh, xblh bcampur..

Kita suruh orang jadi pemurah, KITA SENDIRI kedekut..

     Tau2 je, orang bgtau “alah, 50 sen pun nk bkira... lainlah 50
     ringgit!!”

KESIMPULANNYA,,Inilah ana,..

Matlamat hidup: MERAIH REDHA ALLAH DENGAN MEMPERJUANGKAN ISLAM...Buatlah apa sahaja yg antum ingin buat kerana 'mau'nya Allah...'Mau'nya Allah itu, kita ikut al-Quran.. Jadi, selagi tak bercanggah, teruskan....


Jadi da’ie sebenarnya, memang tugas semua manusia..
B'pengaruh atau x, anda sbenarnya DA’IE @ pendakwah.. !!
Samada secara lgsg mahupun tidak..
Samada nak mahupun tak nak..


TAPI...
Kalau kita secara tak sengaja melakukan dosa (seperti melihat aurat bukan mahram)..
Berdoalah moga Allah ampunkan kita...
Panjang pulak entry kali ni.. hehe..
Teruskan usaha kalian.. Moga entry ini memberi manfaat dan ambillah pelajaran yg ada..
TERIMA KASIH kerana sudi membaca.. (^___^)


Monday, March 25, 2013

Peristiwa Kem Motivasi dan smart solat di Masjid as-Salam Puchong

Dengan nama Allah yg MAHA PEMURAH lg MAHA PENYAYANG..

Assalamua'laikum..


Semalam, ana br sahaja balik daripada kem motivasi & smart solat.. 

Alhmdulillah, ana dapat sebarkan sedikit ilmu buat adik2..
Mungkin ana ini lebih sesuai jd pengajar agaknya.. hukhuk..

Kem dijalankan selama 3 hari, 3 malam bermula jumaat malam sabtu..

Ana kena pegi rtm jumaat mlm sbtu, jd, ana dapat pegi kem pd sabtu pagi hgga hari ahad mlm..
(23-24hb Mac 2013: Sabtu & ahad)
Ketika tiba di program, ana melihat adik2 semua sedang berkumpul.
Rindu ana untuk mengajar bertamu di hati..
Itulah perkara yang paling ana suka... menyebarkan ilmu.. (^_^)
Masa yang ada untuk berkongsi ilmu sangat terhad..

Yang paling ana suka, semasa mlm kedua ana disana iaitu ahad malam isnin..

Ada masak barbeque.. MasyaAllah... terima kasih buat barisan urusetia..
En.Syahir, en. Hafis, serta encik2 yg lain, kak Norlida, kak su, kak zarini & kakak2 yang lain...
Terima kasih penglibatan semua insan2 yang terlibat dlm program ini..

Malam 2, sesi luahan hati..

Hampir semua pelajar lelaki kata ana garang..
Tapi tak seorang pelajar perempuan pun kata ana garang.. huiyoo..
Mungkin kerana ana lebih bersikap lembut dengan pelajar perempuan..
Hati mereka mudah lentur.. sedikit berlainan berbanding pelajar lelaki..

Malam last 2, ana bersalaman dengan adik2..

Setiap kali ana peluk seorang demi seorang, mereka menangis..
Apa yang ana buat??
Ana tiupkan kata2 semangat agar mereka tidak meninggalkan al-Quran sebagai pegangan hidup..
"Jangan tinggalkan al-Quran ye dik...Allah pasti jaga kita.."
Terharu hati ana melihat mereka..

Ketika ana sedang mengemas beg untuk pulang,

datang seorang pelajar bertanya..
"Kak, boleh saya peluk akak?"
MasyaAllah... hampir berderai air mata ini...
Ana terus peluk adik itu yang tingginya hanya separas pinggang ana..
Menangis adik itu di pelukan ana..
Ana cium ubun2nya agar dia merasa kasih sayang ana padanya...

Kemudian, datang lagi seorang pelajar, ingin menyalami ana..

Ana hulurkan tangan dan memeluknya..
Ana ingatkan lagi tentang al-Quran agar dia tidak meninggalkannya..
Adik itu pun turut menangis dalam dakapan ana..

Allah, betapa lembutnya hati adik2 ini..

Mereka sedang mencari cahaya untuk mendapat rahmatMU Allah..
Kelembutan tidak pernah kalah dengan kekerasan..
Walaupun mereka nampak seperti kasar, di hati, mereka sangat rapuh..
Memerlukan sokongan kepada insan yang mempunyai hati untuk mengerti perasaan mereka..

Tatkala ana keluar untuk meninggalkan adik2 itu,

seorang pelajar keluar dan berjumpa dengan ana...
katanya,
"Kak iffah, sebelum akak pergi, akak doakan saya ye, saya PMR tahun ni.. Doakan saya dapat 8A.."
Adik itu menyalami tanganku dan aku terus memeluknya...
Menangis adik itu dalam pelukanku..

Sukar rasanya untuk berpisah dengan kalian...

Ana tau, mereka terlalu menginginkan rasa selamat itu..
Mereka terhibur dan merasa tenang ketika ana menyampaikan beberapa ayat2 Allah...
Mereka dahagakan ilmu agama...
Mereka bukan datang untuk menerima tekanan daripada fasilitator,
Tapi mereka ingin pencerahan tentang agama...
Mereka ingin ketenangan....

Tak banyak yang dapat ana lakukan untuk mereka...

Moga Allah terangkan hati mereka dengan sinaran ilmu Allah..
Subhanallah,....
Inilah satu2nya kem yang sangat menyentuh hati ana...

Walaupun berlaku sedikit salah faham antara ana & seorang sahabat,

Sehingga menyebabkan ana ditolak ke tepi, xmengapa..
Mungkin saja sahabat ini belum mengerti apa yang ana lakukan..
Setiap perkara yang berlaku, pasti ada sebab..
Jadi, jangan mudah kita menghakimi sesuatu keadaan itu sebelum bertanya, mengapa ia berlaku..
Jika kita tak cari penjelasan, maka kita sesat..

Ana tak pernah berniat nak ambil hati adik2 supaya suka ana...

Tapi ana niatkan, ana nak sebarkan ayat2 Allah...
Mungkin kerana itu, Allah benarkan niat ana dan mempermudah urusan ana,..
Jadi, setiap kali ana berbicara, adik2 akan terdiam..
Setiap amal, bermula dengan niat..
Ana telah dapat apa yang ana niatkan...
Kalau ana niatkn nak jadi ketua, hanya itu yang ana dapat...
Dengan niat itu, ana takkan dapat naikkan Islam...
Ummat pula mungkin akan berpecah belah...
Jika kita ada prasangka buruk, maka berdoalahh supaya Allah membersihkan hati ini dari penyakit hati....


"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."
(QS 2:10)



Bukankah kita perlu naikkan Islam??

Rasulullah sanggup mengenepikan status dirinya sebagai rasul Allah agar Islam tersebar,
Mengapa ana tak boleh??
Jadi, ana ketepikan diri ana untuk beri laluan pada sahabat ana untuk tonjolkan dirinya..
Moga teman ana ini berjaya menjadi mujahidah Islam...
Ana redha..
Asalkan teman2 ana bahagia, tak mengapa kalaupun ana tidak gembira dengannya, kerana ana gembira dengan Allah..
Ana tak mengharapkan persahabatan dengan manusia sebagai yang lebih utama berbanding Allah...
Moga kita mendapat pelajaran..

Jika kalian menggunakan hati untuk membaca kata2 ana ini,

Kalian pasti akan dapat pelajaran..
Bukan saja2 ana taip entry ini...
Ada faham...?? (^_^)

Kata-kata terakhir ana,

Jika kalian pernah merasa kecil hati dengan ibu bapa atau teman2,
Muhasabahlah diri sendiri...
Mungkin kita pernah menyakiti orang lain dalam keadaan tidak sedar,
Jadi, Allah ingatkan kita dengan perlakuan orang lain pada kita...

Ingin diri disayangi, belajarlah untuk menyayangi....

Ingin diri dihormati, belajarlah menghormati...
Ingin diri dihargai, belajarlah menghargai...

Kalau kalian ada hati, kata2 ini pasti akan memberi kesan..

Jika tidak, mungkin kerana hati kita telah mati..
Maka kita tidak mahu belajar untuk memperbaiki diri...

Orang bijak, akan mencari salah diri dan memperbaikinya...

Orang jahil akan mencari salah orang lain,.
Kita dalam golongan yg mana?? Fikirkanlah jika kalian ada hati..


“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.....” (Al-Hujurat : 12)


Maaf atas segala kesilapan ana...
Entry ini adalah untuk mengingatkan diri ana yang hina ini, dan buat kalian juga...
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan..
(^_^)

Thursday, March 21, 2013

DIARI HATI SEORANG TEMAN


Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lg MAHA PENYAYANG..

Hari itu, ana ditegur seorang teman, dia bertanya,
“Apa rasa kalau kita asik dikritik?”

Tidak ana jawab pertanyaan itu. Dari wajahmu, jelas antum kurang berpuas hati dengan perlakuan ana. Iya, mungkin ana silap kerana sering mengingatkan dirinya. Bukanlah niat ana untuk merendahkan antum, tetapi ana ingin antum menjadi insan yang menjaga tutur kata.

Antum mungkin tidak pernah dengar kritikan sahabat-sahabat yang lain secara terus, tetapi bila ana mendengar orang lain menceritakan tentang tutur kata antum, kecil hati ana...kerana mereka mempertikaikan kekurangan antum pada ana.. Tapi bila ana tegur secara terus, antum memberi soalan yang sangat mengguris hati ini.. Baru ana sedar, kenapa mereka tidak berani menegur antum depan-depan antum.. Mereka khuatir antum mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyakiti mereka..

Sahabat, mungkin antum terlupa, ana yang terlebih dahulu dikritik oleh taman-teman dahulu sedang antum belum pernah merasainya. Bukanlah ana menyalahkan antum, tetapi ana ingin antum sedar, bukan antum seorang yang ada masalah. DIA beri ujian, bukan untuk suruh kita menyesal, tetapi DIA ingin kita bijak menyelesaikan ujian yang menerpa. Terkadang antum dapat berfikir dengan tenang dan menjawab soalan ana dengan bijaksana, tetapi antum lebih sering beremosi setiap kali ana berbicara... Tak mengapa, mungkin antum belum mengerti ana...

Wajah itu sering memperlihatkan mimik yang kurang berpuas hati setiap kali diri ini menuturkan kata-kata. Mungkin tidak antum sedari kerana bukan antum yang melihat wajah antum setiap masa, tetapi teman-teman antum yang memerhatikan wajah dan tingkahlaku diri antum,.

Jika ana menolak setiap pendapat antum itu salah bagi antum, maka iya, ana salah...
Walaupun bagi ana, ana hanya salah kalau ana melanggar hukum Allah...

Mungkin antum anggap ana keras hati kerana tidak mengerti hatimu dan keinginan antum, tetapi ana ingin utamakan perintah pencipta ana, dan ana ingin menjaga hati ana dari rosak kerana kejahilan ana membuat keputusan. Maaf, ana bukan tuhan yang bisa meneka apa yang terbuku di hati jika tidak antum nyatakan apa masalah yang antum hadapi.

Sebelum antum merasa kecil hati dengan setiap teguran ana, pernahkah antum terfikir bahawa temanmu ini juga sering berkecil hati dengan kata-katamu? Mungkin antum terlupa, maka ana abaikan. Ana pun pernah buat silap, kerana ana manusia. Ana ingin orang lain memaafkan setiap kesilapan ana, maka ana memaafkan kesilapan orang lain. Mungkin antum belum tahu, apa yang ana rasai. Maka ana memafkan segala kekasaran antum pada ana yang mungkin tidak pernah antum sedari.

Apakah antum mengira ana membencimu kerana mendiamkanmu?? tidakkah antum terfikir bahawa ana berdiam adalah kerana ana ingin antum bermuhasabah sepertimana ana lakukan.Ana ingin, antum menjadi solehah yang berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang pendapat. Tidakkah antum perasan, antum sering berbicara seperti tiada had dalam berkata-kata?? Ana juga terkadang terlepas bicara sehingga mengguris hati antum. Kerana kesedaran itulah, ana mengelakkan diri dari terus berbicara. Ana ingin belajar mengawal kata-kata.

Sahabat, betapa ana merindui sifat tenang dirimu yang semakin terhakis kerana prasangkamu. Seringkali engkau menebak apakah perasaanku, walaupun tidak pernah tepat, aku tetap mengiyakan kerana ana ingin antum merasa antum telah melakukan usaha yang terbaik untuk mengenali sahabatmu ini...

Terkadang, ana merasa tidak ada orang yang dapat berfikir sepertimana yang ana fikirkan. Memang iya, tidak ada seorangpun di kolej ini yang memahami ana. Termasuklah dirimu. Alhamdulillah, pertemuan dengan kak hartini membuat hati ana rasa tenang setiapkali bertemu dengannya. Redup pandangannya sehingga menambah gembira di hati. Terima kasih kak hartini. Antum telah mendamaikan jiwa ana yang resah dengan ayat-ayat Allah.. Tiada lagi prasangka buruk yang mampu menguasai jiwa ana.

Pesan penciptaku,
“Dan jika engkau menurut kebanyakkan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”.
(QS 6:116)

Sahabat, jika antum menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati, antum akan dapat rasai getaran yang hebat daripada peringatan Allah ini... Perhatikanlah dengan tenang...

“Adakah antum masih sering berprasangka? Lupakah antum pd ayat2 peringatan ini? Bukankah manusia itu sering menipu dirimu? Mereka menyuruh melakukan apa yang mereka sendiri tidak lakukan. Apakah kita ingin digolongkan dalam golongan ini?”

Penciptaku berpesan lagi,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.
(QS  61: 2-3)

Teman, jika engkau masih tidak mahu mendengar ayat-ayat ini, maka ini peringatan penciptaku untuk ana dan antum!!

Dalam hati mereka ada penyakit (dengki, iri hati) lalu ditambah oleh Allah, penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.
(QS 2:10)

Sahabat, selagimana kita masih bersikap menjauhkan diri dari ayat-ayat Allah, selagi itulah engkau takkan dapat rasa nikmatnya bercinta dengan Allah. Semua itu kerana penyakit yang ada dalam hati, tidak diubati dengan ayat-ayat ALLAH..

“Apakah antum menyangka antum telah melakukan yang terbaik??
Inilah jawapan pencipta kita!!

“Dan orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini (adalah orang yang paling rugi), Sedangkan mereka menyangka telah berbuat sebaik-baiknya (dalam sesuatu hal)”.
(QS 18:104)

Bukan aku yang berpesan kepadamu, tetapi penciptaku yang beri peringatan kepada kita. Buktikanlah ia salah kalau engkau orang yang benar!!

Sahabat, ana tak mahu kita menjadi orang yang sia-sia perbuatannya.... Matanglah dalam membuat keputusan..
Matang dalam membuat keputusan itu, adalah mereka yang membuat keputusan dengan 'mau'nya Allah, bukan diri sendiri...
Pentingkanlah urusan agama dalam setiap tindakan..
Ana sendiri juga masih banyak kesilapan...
Ilmu ana masih terlalu dangkal...
Ana tak layak memberi nasihat pada antum kerana hanya Allah yang layak...

Tegurlah ana HANYA DENGAN AYAT-AYAT ALLAH..
Kerana dengan ayat-ayatNya, hati ini bergetar hebat...
Ana tidak sempurna, maka bantulah ana...
Didiklah ana dengan ISLAM... Bukan dengan cacian...
Bukankah Islam itu agama yang menasihati??

Teman.....
Ana tak mahu menjadi orang yang paling rugi dalam dunia...
Ana menyampaikan ini semua, bukan kerana benci, tetapi kerana ana sangat menyayangi antum..
Ana ingin kita bersama-sama berjuang menggapai redha Allah..
Ana ingin kita sama-sama kuat di jalan dakwah...
Ana ingin, kita bersama-sama melanggah ke syurga Allah...
Ana mencintaimu sahabatku... Jadilah pejuang agama...
Bukan untuk dunia, tapi untuk akhirat..
Bukan dipandangan manusia, tapi di pandangan Allah...
Ana uhibbuki fillah...