Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Thursday, December 27, 2012

PERJANJIAN BERSAKSIKAN ALLAH

Bismillahianirrahim... Assalamua'laikum...

Semalam, aku melihat kegelisahan seorang sahabat dalam menentukan halatuju hidupnya...

Tidak mahu menangis walau hati sudah menjerit seperti ingin berputus asa,,
Kerana mengharap redha ibu bapa, sahabat e2 terus memberiku kata2 semangat n menguatkan hatiku..
Allah, sungguh beruntung aku mendapat sahabat sepertinya...

Ku ucapkan padanya, ana mahu ad-deen,.... kehidupan beragama...

Dia bilang, mungkin belum tiba masanya..
Demi meraih redha Allah, juga redha ibubapa yang telah berhempas pulas menghantar kami ke sini,
Teringat pada kegembiraan mereka ketika aku memperlihatkan kegembiraanku untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi...
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (USM)

MasyaAllah... menitis air mataku apabila mengenang harapan mereka agar ana menjadi anak yang solehah..

Ana ingin menjadi penenang hati pada mereka..
Ana ingin menjadi penolong mereka di akhirat kelak...
Moga Allah meredhai apa sahaja yang kita lakukan demi REDHA ALLAH..

Sambil memejam mata, kami berdoa untuk terus dikuatkan dalam suasana ini...

Kami tiada penguat selain Allah...
Kalian juga harus begitu..
Yakinlah dengan janji Allah...
Allah akan membantu hambaNya yang membantu agama Allah ini... itulah satu2nya agama yang pantas buat kita...
Sesuai dengan fitrah manusia...
Yang telah menaikkan menjaga maruah kita, serta meninggikan martabat kita...
Semoga, kami istiqamah dalam mempertahankan agama kami...

Sungguh besar dugaan kehidupan disini,

Demi memperolehi ilmu, beserta dengan redha org tua & redha Allah,
Kami bertekad untuk membuat sebuah perjanjian yang bersaksikan Allah,,,



Kami berjanji akan berusaha menjadi:

- org yang rajin bersedekah,
- bersabar dengan menahan amarah,
- teguh dengan agama Allah,
- sentiasa kembali kepada fitrah Islam apabila dilalaikan dgn keduniaan..


Semoga itu akan jadi penguat buat kami untuk meraih redha Allah...

Terima kasih kerana telah sanggup bersama2 ana dalam perjuangan ilmu & dakwah ini...


Sunday, December 23, 2012

Ukhwah Bersama Mak, ayah & sahabat

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamu'alaikum..



Alhamdulillah, semalam, ana telah menghadiri sebuah program di bawah kelolaan ahli jawatankuasa Masjid As-Salam, Tuan Haji Azmi.
MasyaAllah, satu program yang sangat baik bagi mendidik hati agar patuh kepada perintah Allah..Juga bagi mendidik akal agar sentiasa mencari ilmu.. Betapa ilmu itu sangat penting..

Terkadang ana terfikir, betapa banyaknya silap ana, dosa ana, dan betapa hidup ana ini banyak bergelumang dengan perkara yang sia2 yang terkadang tidak mampu ditepis..dek kerana kasihannya hati ini utk mengabaikan ajakan rakan2..
Terlalu banyak perkara yang ana fikirkan ketika ini..
SAHABAT...
MAK & AYAH...





Rindunya pada mereka terbungkam di hati..
Hanya Allah yang tahu, betapa hati ini merindui ukhwah bersama mereka..
Ciuman rindu buat mak & ayah yang masih sudi mencurah kasih sayang pada anakmu yang penuh dengan dosa ini.. Terima kasih buat segala pengorbanan kalian...

Dulu, ana bersama dengan ahli Sekretariat Pusat Islam An-Nur, bersama-sama berjuang menegakkan dakwah di Politeknik Merlimau.. Indahnya ukhwah masa 2... Ana masih ingat, sahabat2 ana:

Najatul Anirah yang sentiasa bersedia menjadi pendengar setia..
K.zai yang sentiasa menghulur bantuan di saat ana kesusahan.. 
Ummu kalthum yang penuh dengan kasih sayang.. 
Faiezah yang sentiasa berkongsi cerita2 yang mentarbiah hati..
Rohana yang sering merajuk justeru kerana mengasihiku sebagai kakak..
Aisyah yang manja dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri..
K.erni yang sering memberi tunjuk ajar..
& ramai lagi...
Terima kasih yang xterhingga buat kalian kerana telah mengisi ruang hati ini dengan tarbiah dan dakwah...

Saat ini, ana sangat merindui kalian... Setiap kali ana berdepan dengan masalah, ukhwah kalian menguatkan hati ana... Padu dan utuh... ukhwah yang telah kita bina kerana Allah...
Ana sangat bersyukur kerana pernah mempunyai teman seperti kalian..

Sahabat2ku, cuma seperkara yang ana ingin kita sematkan... ana ingin kita menjadi insan yang cemerlang didunia & akhirat..
Biar beribu masalah yang datang, bisa kita hadapi dengan tenang...
Sahabatku, jadilah mukmin yang berjaya sepertimana yang tercatat dalam surah al-Mukminun..
Moga redha Allah menjadi impian kita bersama... 
Tenangkanlah diri kalian dengan kalimah Allah..

Bila saja kalian menghadapi masalah, carilah ketenangan dengan mengalunkan ayat-ayat cinta Allah,

Subhanallah....
Sangat banyak nasihat di dalam al-Quran..
Kita sahaja yang selalu mengabaikanNya...

Setiap kali datang pula pilihan dalam hidup kalian,

laksanakanlah istikharah & bermusyawarahlah dengan mereka yang boleh dipercayai kata-katanya agar kalian mendapat jawapan yang terbaik buat agama kalian..

Sungguh, terkadang rasa malu untuk meluahkan pada ibu bapa, mahupun sahabat baik kita sendiri,

Tapi Allah tetap ada untuk kita...

Ana sendiri malu untuk ana meluahkan isi hati ana pada mak ayah kerana ana tidak mahu memberi bebanan kepada mereka dengan menceritakan masalah ana..

Jadi, mengadulah pada Allah kerana Allah sebaik2 penolong...

Ibu bapa atau sahabat boleh saja jadi pendengar setia, tapi penyelesai terbaik cuma Allah..

Teruskan bermujahadah untuk mendapat REDHA Allah... (^_^)

Friday, December 21, 2012

CULTURE SHOCK??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum...


Hari ini, ada satu perasaan seakan ingin berhenti sahaja daripada belajar di kolej. Memang, kejutan budaya disini membuatkan ana beristighfar panjang..Haish.. 


Besar juga dugaan belajar di tempat yang begitu asing dengan ilmu Islam.. Berhari2 aku menangis kerana seakan tidak kuat untuk menghadapi hari esok di kolej ini..

Sahabat pertama yang ana kenali adalah seorang lelaki cina yang ana gelarkan ah hong. Seorang yang sangat peramah dan suka tertawa ceria. sifatnya yang agak matang & sedikit keanak-anakan membuatkan ana merasa dihormati & sering dibantu setiap kali ada masalah tentang pelajaran. Walaubagaimanapun, dia tetap seorg lelaki cina yang tidak pernah tau mengenai ikhtilat antara perempuan dan lelaki di dalam Islam.


Sedikit2, ana cuba menceritakan tentang bahagianya ana dengan agama Islam. Agama yang telah memelihara kaum wanita dan mengangkat darjat kaum wanita. Kalau bagi agama lain, lelaki mempunyai kuasa yang dominan, tetapi Islam adalah agama yang sangat adil. Adil adalah meletakkan sesuatu hak pada tempatnya. Disini, Islam telah meletakkan kuasa lelaki pada sesuatu hak dan perempuan pada sesuatu hak yang lain pula.Tiada berat sebelah.

Islam telah menjaga hak setiap muslim dengan berhemah. hanya manusia sahaja yang salah menggunakan hak tersebut. Termasuklah soal poligami dalam Islam yang dikatakan menindas kaum wanita. Sedang poligami itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mengurangkan bilangan isteri yang ramai pada zaman dahulu daripada berbelas2 sehinggalah Allah menghadkan kepada 4 sahaja itupun disertai dengan syarat yang sangat ketat.

Lelaki yang tidak boleh berlaku adil, maka tidak boleh menikah lebih dari 1. Msih terdapat banyak lagi yang perlu dihuraikan. Ana tidaklah terlalu bijak dalam menghuraikan ilmu agama, yang ada hanyalah sekadarnya.


Berbalik kepada persoalan ana dengan sahabat ana bernama ah hong td, sangat banyak persoalan mengenai agama Islam yang ditujukan buat ana. Tentang hari kiamat, & macam2 lagi.


Ana harap, ah hong tidak berkecil hati apabila ana terkadang memarahinya apabila dia melakukan sesuatu perkara yang bagi ana, menjatuhkan maruah ana sebagai perempuan Islam.


Juga maaf yang tidak terucap buat sahabat senior bernama Najib yang secara tidak sengajanya, ana menegur dengan cara yang mungkin memalukan dia. Semua ini ana lakukan kerana tidak mahu didekati apatahlagi disentuh oleh lelaki asing. Semoga insan2 yang ana hormati ini memaafkan ana. Ana kurang bijak dalam menegur insan2 disekeliling ana. Terlalu banyak kekurangan ana.


Ana mahu memelihara diri ana dari disentuh mana2 lelaki..
Ana tidak mahu didekati lelaki..
Ana mahu menjaga batasan dalam pergaulan..
Ana mahu menjadi mawar agama..
Ana mahu memelihara diri ana..
Ana mahu Allah meredhai setiap perbuatan ana..
Ana mahu Allah meredhai setiap kata2 ana..
Semua ini kerana ana tau, Islam sangat memelihara maruah wanita.. Dan ana ingin menjadi wanita yang terpelihara..


Islam adalah satu-satunya agama yang memelihara wanita, mengangkat martabat wanita,, Hanya lelaki bergelar suami yang layak menyentuh mawar agama Islam.. Itupun seorang suami yang mampu membimbing zaujahnya ke jalan syurga..



Andainya bisa ana sampaikan kepada semua lelaki di luar sana....


Jangan sesekali kau mendekat dengan mawar agama..
Jangan sesekali engkau cuba menyentuh mawar agama..Jangan sesekali engkau mengusik mawar agama..


Dan hanya yang benar2 layak sahaja yang mampu memilikinya..

Allah, jika pernikahan itu lebih menjaga agamaku, maka ENGKAU permudahkanlah ia..
Jika pembelajaranku lebih penting buatku di saat ini, maka kuatkanlah aku untuk terus tegar membela agamaMU..

Buat pelajar2 A***N, maafkan perlakuan ana yang kalian menganggap seperti mengasingkan diri..

Mahalkan dirimu dengan agama..
Putuskan hubunganmu dengan perkara yang sia2..
Jalinkan ikatanmu dengan Allah..
Eratkan hidupmu dengan sunnah Rasulullah..
Bahagiakan duniamu dengan al-Quran..

Akhir kalam, maaf di atas semua sikap ana yang tidak sopan.. Teruslah kalian berusaha mencari kebenaran hidup beragama.. Tetapkan matlamat untuk menggapai redha Allah.. 
wallahu a'lam
DaRi Anamus Lim (Nurul Iffah Abu Bakar)



Thursday, December 20, 2012

MENGAPA KAU BEGITU TEMAN?


Bismillahirrahmanirrahim...Assalamua'laikum sahabat2..

Salah atau tidak memutuskan persahabatan yang dapat menyakiti iman?
Maksud ana, memutuskan persahabatan kerana boleh merosak iman sendiri?
Allahu rabbi, terasa aku tidak kuat untuk mempunyai teman yang bisa menghancurkan imanku yang nipis ini...

Apakah yang harus aku lakukan apabila sahabat tersebut adalah orang yang serumah denganku?
Saat ini, aku hanya bisa mengharap agar Allah menguatkan hati aku dengan sahabat yang seperti ini..

Entah mengapa aku diburuk-burukkan mereka dibelakangku, tetapi memaniskan muka apabila berdepan denganku.. Tidak ingatkah mereka pada azab Allah?
Atau aku sendiri yang lupa pada hukum Allah..
Moga Allah memberikanku kekuatan dalam menghadapi teman2 yang seperti ini..

Wahai teman, kau kuanggap seperti saudaraku,
Tetapi sayang,
Aku kau anggap seperti sampah yang xberguna..
Sengaja kau undang kebencian orang agar turut membenciku seperti kau membenciku..
Allah, tabahkanlah hati ini,,,,
Demi mencapai redhaMU..
Mujahadah itu PAHIT, kerana syurga itu MANIS...
Tenangkanlah hatiku,
Jauhkanlah rasa dendam dari diri ini,
Lupuskan rasa benci yang menapak dihati,
Tanamkan semangat mujahidah dalam diri ini,
Agar aku sentiasa merasa dekat padaMU...

Firman ALLAH S.W.T:

     Maksudnya: Dan sesiapa yang berTAQWA kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatiny; dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat pada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Surah at-Talaq : 2-3

Sunday, December 9, 2012

TETAPKANLAH MATLAMAT HIDUPMU SAHABATKU...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum sahabat2 yang sangat Allah cintai..

Apa KhAbAr iman kalian hari ini?

Semoga hati kita sentiasa ditarbiah dan ditenangkan dengan ayat2 cintaNya...

Sahabat2 yang ana kasihi, hari ini, mungkin iman kita berkurang...

mungkin kerana kita kurg berzikir padaNya..
atau mungkin juga kerana kita telah melakukan suatu perkara maksiat tanpa kita sedari sehingga merosak hati kita...


Perbaharuilah dengan kembali mengingat apakah MATLAMAT kita hidup didunia...
SuDaHkAh kAlIaN TeTaPkAn??

Firman ALLAH dalam al-Quran bermaksud:

"Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,
tuhan semesta alam".

(Surah al-An'am:162)

Sahabatku,
Terkadang kita terleka dengan pesona hiburan dunia..
Bermujahadahlah untuk melawan nafsu itu berhabis-habisan...
KUATkan hatimu demi Allah...
Ini untuk Islam..
Betulkan niat kita agar Allah permudah segala urusan..
Allah Maha Mengetahui...


BERSABARLAH SAHABATKU...
Terkadang, tanpa aku sedari, air mata tiba-tiba mengalir bila teringat kepada SAHABAT2ku dahulu... 
Juga terkenang pahitnya perjalanan menuju redhaNya..

Dek kerana mempunyai SAHABAT seperti mereka, hatiku menjadi kuat untuk meneruskan perjalanan dakwah ini.. Walaupun sedih meruntun jiwa,
Dakwah ini xkan terhenti sehinggalah kita menemui ajal..

Moga ketika itu kita berada dalam golongan para SOLIHIN...

Friday, December 7, 2012

InGiN JaDi MuMtAz DuNiA AkHiRaT??

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum sahabat2 yg dicintai Allah...Pesanan ini, didapatkan dr adik tercinta Muhammad Fitri buat trbiah ana & sahabat2 sekalian..
Moga ahli keluargaku & ahli keluarga KALIAN menjadi MUKMIN CEMERLANG..  


1) GiGiH

"Dan katakanlah (Wahai Muhammad): "Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan."  surah At-Taubah :105)
Kita kena terus beramal dengan setiap yang diperintahkan termasuklah menuntut ilmu... terus melaksanakan jihad kerana Allah melihat setiap perbuatan yang kita lakukan...



2) BeRaNi

"(yaitu) orang-orang yang menyapaikan risalah-risalah Allah[1222], mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. " (surah Al-Ahzab : 39 )

Untuk menegakkan syiar islam, dakwah, tarbiyah...,, kita mesti berani, tidak takut dalam berjuang, kerana Allah akan bersama kita... Takutlah hanya kepada Allah,, cukuplah Allah sebagai pelindung...




3) KoRbAn

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, pada-hal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala-petaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)


Dalam perjuangan Islam kita, dugaan serta cabaran itu sungguh dekat... sehingga ternanti-nanti akan datangnya pertolongan daripada Allah untuk membantu kita... maka, ada ketika pengorbanan amat diperlukan akibat dugaan tersebut.... Harap-harap anda faham.... contoh mudah , dugaan permainan komputer.. kita perlu pengorbanan, agar masa kita tidak terlalu membazir...




4) IkhLaS

" Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. "( Al- Bayyinah : 5 )

apabila kita melakukan sesuatu perkara, apatah lagi dakwah dan tarbiyah,,, hendaklah dilaksanakan secara ikhlas... begitu juga perjuangan dalam menuntut ilmu.... Ikhlas....




5) kEnTaL

" Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)." ( Al-Hujurat : 15 )

kita hendaklah terus berjuang tanpa ragu-ragu dalam setiap perjuangan kita mengejar duniawi dan ukhrawi..



SaHaBaT2 yang ana cintai, teruskan bermujahadah demi meraih ReDhA ALLAH...