Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Saturday, February 23, 2013

CORETAN SEORANG DAI'E

Dengan nama ALLAH yg MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG..



"Aku tinggalkan bagimu dua perkara, kamu tak akan sesat, selama kamu berpegang teguh pada keduanya, yaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya "     (Hadits Malik)




Assalamua'laikum...

Alhamdulillah, sekian lama ana xmenaip, hari ini ana kembali menyambung catatan seorg dai'e..
Beberapa hari lepas, Allah permudah urusan ana untuk berjumpa dengan adik-adik sekretariat Pusat Islam An-Nur.. Alhamdulillah, ana merasa ketenangan apabila dapat berkongsi sedikit ilmu bersama mereka..

KITABULLAH,,
Surah al-fatihah adalah surah pembuka kepada al-Quran yang sangat berat... Ia adalah wahyu ke-5 baginda. Wahyu ini diterima oleh rasulullah ketika menaiki unta.. Terduduk baginda rasulullah SAW & unta tunggangannya ketika wahyu ini diturunkan dek kerana beratnya isi kandungan surah ini..

Keagungan kalimah Bismillah....
Subhanallah, ana baru tahu, dengan nama ALLAH, itulah yang menyatukan umat manusia...
Ternyata, kita ini manusia yang masih 'berselimut'...
Banyak petunjuk dan penerangan yang Allah pesan, kita abaikan..
Sahabat2ku, apa sahaja persoalan yang bermain diminda kalian, Allah telah bagi jawapannya dalam al-Quran, kalamNya,..
Kuncinya, BISMILLAH....

Manusia & al-Quran adalah fitrah ketetapan Allah..
Sptmana kalau kita beli mesin cuci baju, pasti ana 'manual' iaitu buku panduan supaya mesin tu dapat digunakan dengan baik... Apa jadik kalau kita x guna & buat ikot suka hati?? Rosak mesin..

Macam 2 jugak manusia..
Kalau hidup kat dunia ni x jadikan al-Quran sbg panduan, apa akan jadik?? Rosaklah manusia itu sendiri...


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." 
~ Al-A'raaf : 179.


Mesti banyak sangat soalan kita yang x terjawab..
Xpun, terjawab dengan jawapan dari org kebanyakan yg meragukan...

Bacalah tafsir al-Quran,,,

Surah al-An'aam (6:116)

"Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada dimuka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah tiadalah yang mereka turuti melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."

Semua penerangan ada didalam al-Quran..
Kalau kompius hadis-hadis yang wujud, rujuklah al-Quran semula..


SUNNAH Rasul-Nya..
Disebut dalam al-Quran berkaitan Sunnah RasulNya dalam
surah As-Syura ayat 13

"Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa & Isa, iaitu Tegakkanlah agama (keimanan & ketaqwaan) dan Janganlah kamu berpecah-belah didalamnya. Sangan berat bagi orang musyrik (untuk mengikuti) agama yang kamu serukan kepada mereka. Allah memilih orang yang Dia kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agana)Nya bagi orang yang kembali (kepadaNya)."


Sahabatku, ana & antum semua harus teruskan sunnah rasul-Nya ini...
Pelajarilah al-Quran.. 
Jadikan ia panduan untuk hidup cemerlang sebagai hambaNya...