Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Tuesday, April 12, 2011

ManISnyA ImAn..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alangkah indahnya jika kita bisa hidup berlandaskan syariah Islam sesempurna rasulullah, aisyah, khadijah dan ramai lagi.. Mungkinkah kita yang sombong kepada Allah sehingga tidak dapat merasai manisnya IMAN yang sepatutnya kita kejar dan rebut dan simpannya didalam segumpal darah bernama HATI...

Mungkinkah kita telah mendatangkan murka Allah pada kita?
Tidak sedarkah kita bahawa kita telah melanggar perintah Allah?
Betapa ruginya kita menjadi hamba yang lupa pada penciptanya...

Sahabat, aku pernah menyayangi dan merindui seseorang dan dia begitu bermakna di dalam hidupku..

Sedihnya menyentuh hati..
Marahnya membimbangkan hati..
Bencinya menggusarkan hati..

Tetapi terkadang,

Senyumnya menenangkan hati..
Tawanya menggembirakan hati..
Santunnya melembutkan hati..

Semuanya bermula dari hati. Betapa kuatnya kuasa hati yang boleh melahirkan bermacam perasaan. Tapi, andai perasaan itu kita lafazkan pada manusia, adakah kita dapat mengundang ReDHaNYA??

Ya Allah, jika engkau membenarkan perasaan sayang dan rindu itu kepada aku dan sahabatku, maka jangan engkau lebihkan perasaan itu berbanding rasa sayang dan rindu kepadaMU..

Sungguh, hati ini dijadikan begitu unik, jadi sahabat, isilah hati kita dengan iman, sayang, cinta, kasih dan rindu kepada Allah, agar Allah menetapkan hati kita kepadaNya.. Betapa lemah dan sombongnya kita apabila kita lebih mencintai insan berbanding pemilik nyawa kita..

Allah tidak akan membebani hambanya dengan ujian yang tidak mampu hambaNya pikul..

Apapun yang kita lakukan, INGATLAH... Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Jaga hati, Jaga iman...SemoGa kita dApaT mErasAi ManISnyA ImAn..(^.^)..


Saturday, April 9, 2011

JAGA LIDAH, JAGA IMAN..

Bismillahirrahmanirrahim...

Diari hati seorang sahabat bertanya...

Benda yang paling tajam didunia adalah????

ye..LIDAH...

Sahabat, manusia memg x sempurna, jd, disebabkan tak sempurna itulah, kita kena belajar menerima nasihat orang lain walaupun dia lebih muda dari kita, ataupun yang menegur kita itu adalah yg kurg bijak dr kita. Sebarkan ilmu itu BAGUS... Tapi, jgn sombong dgn tingginya ilmu agama yang kita ada!!

N jangan smpai org TAK SUKA Islam kerana sikap kita yang menampakkan Islam itu mengongkong hidup manusia kerana sebenarnya, ISLAM ITU INDAH...

Tapi, kalau kita dah berusaha gunakan cara yg diajarkn Islam pun, mereka tetap xsuka, wallahu a'lam..
"Sabor jela.."

APEPUN...
Ajarilah dan bimbing mereka dengan ilmu itu, sedikit demi sedikit secara berhikmah n ikhlas keranaNya. Bukan terus memarahi atau mengkritik jika mereka melanggar hukum agama. Jaga lidah.. Ingat, mereka ada hati & perasaan..

Ingat ye sahabat2ku...
Wallahu a'lam..


Friday, April 8, 2011

DuGaaN nYAwa..

7 April adalah 1 peristiwa yang xdapat dilupakan. Kenapa? 1 kemalangan telah berlaku ke atas diriku sendiri.. Sedang ibubapaku sendiri tidak mengetahui apa yang berlaku pada diri ini. Jika ajal sudah tiba, dan masa untuk aku diputuskan daripada seluruk kelazatan didunia telah sampai, maka aku harus pergi..

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untukku hidup di dunia ini. Betapa kita xtau bila nyawa kita akan dicabut. Andai tatkala itu, nyawaku dicabut, entah dimana tempatku di akhirat kelak.. Ramai insan lupa bahawa jika Allah berkehendak untuk nyawa kita berakhir, pasti roh sudah dipanggil untuk berpisah dari jasad. Semoga iman kita dikuatkan daripada terus hanyut dengan kelazatan hidup di dunia..

Semoga nyawa kita dicabut tatkala cukup amal2 kita untuk menempatkan kita di syurga kelak.. Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian..(^.^)




KERANA LIDAH

Assalamualaikum sahabat..
Ingin rasanya aku bicara mengenai sakitnya hati seseorang itu yang terkadang hingga ke akhir hayatnya adalah hnya kerana lidah.. Betapa besarnya peranan lidah dalam kehidupan kita. Terkadang, manusia berfikir, dengan tudung yang labuh, jubah yang serba bertutup, serban di atas kepala, mereka dapat menampakkan bahawa mereka benar-benar telah menjalankan hukum agama Islam dengan sempurna..


Sahabat, 


Ingin aku nyatakan di sini, sehebat manapun, pakaian anda, yang bertutup itu benar lebih baik, tetapi jagalah lidah kalian. Janganlah dengan mudah menghamburkan kata-kata yang menyakiti hati insan lain. Jika mereka salah, tegurlah dengan berhemah. Apakah kalian sendiri suka apabila dikutuk atau dikritik depan org lain? Mesti la tak suka kn..


Jadi, jangan menganggap, suara lunak yang kalian miliki dapat melembutkan hati semua pendengar jika kata-kata yang dikeluarkan adalah kesat. Islam itu indah.. Manusialah yang merosakkan keindahan Islam itu...


Sahabat,


Aku bukan ustazah, tetapi aku dapat merasai betapa mereka yang terkadang dahaga ilmu agama, tetapi dikritik oleh mereka yang pintar ilmu agama hanya kerana lewat untuk belajar dan lewat menyedari kepentingan pegangan agama...


Sahabat,


Bantulah insan-insan yang memerlukan kalian untuk mengajarkan ilmu agama. Rasulullah sendiri pernah berpesan, ''sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat", Jadi, smpaikanlah kepada rakan-rakan kita, mengikut kemampuan kita.. InsyaAllah, Allah akan permudah urusan kita didunia & akhirat.. amin..