Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Tuesday, November 27, 2012

Buatmu Teman..

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamua'laikum sahabat2 ana cintai kerana Allah...
Walaupun menyedari ilmu diri ini terlalu cetek, laju sahaja tangan ini menaip untuk berkongsi tarbiah hati ini bersama kalian.. Ingin saja aku ceritakan pada kalian, tentang manisnya bercinta dengan Allah,, Tiada rasa gusar dihati, tiada rasa marah dan benci.. Kerana itulah nikmat yang Allah beri untuk insan yang mencintaiNya..
Hari ini, seorang sahabat meluahkan perasaannya pada ana, Betapa gusarnya hati dia, turut merisaukan hati ini juga.. Kata-kata yang ku ungkapkan ini, khas buat seorang sahabat yang bernama Syarifah..

Seorang sahabat yang ana kagumi
kekuatan hatinya,

Seorang sahabat yang ana kagumi
caranya berbincang mengenai ilmu,

Seorang sahabat yang ana kagumi
pertuturannya yang sangat menjaga hati rakan2,
Sentiasa menginginkan kegembiraan pada wajah rakan2..

Seorang sahabat yang ana sayangi..
Walaupun jarang sekali saling berbicara,
Pabila kau menuturkan kata,
Menyentuh hati menggamit rasa..

Dia seorang sahabat yang istimewa..
Walaupun pakaiannya biasa2 sahaja, tetapi dia insan luar biasa..
Dia mampu memahami isi hati rakan2nya tanpa sebarang bicara..
Dia mencuba untuk mendekati Islam dengan cara yang mulia..

MasyaAllah... Telah datang pada dirinya,
Kegundahan hatinya, tiada seorang pun mengambil tahu tentang dirinya..
Kerana dia tidak mahu sesiapapun berkongsi isi hatinya..

Sahabatku, maafkan ana kerana xmampu menjadi teman yang baik,
Walaupun engkau mengenepikan aku dari senarai sahabatmu,
Tapi engkau tetap berada dalam senarai doaku..
Kerana aku tahu betapa lembutnya hatimu itu..

Andai aku bisa mendampingimu,
Ingin sekali aku usap ubun2mu,
Menjadi penenang hatimu,
Walaupun aku xmampu,

Sahabatku, terus kuatkan hatimu,
Dalam mencari tujuan dan perjuangan hidup,
Tetapkanlah matlamatmu demi mencapai Redha ALLAH..
Moga hatimu terus teguh,
Diatas jalan Redha Illahi..

Doaku agar dimana sahaja engkau berada,
Engkau sentiasa dilindungi Allah,
Demi Allah, aku sangat mencintai dirimu.....
TeRiMa kAsIh sAhAbAtKu...

Sunday, November 25, 2012

KeBaHaGiAaN DaLaM MeMbERi

Assalamualaikm sahabat2 yang dicintai Allah...

Terkadang, terasa sangat beban dihati apabila menghadapi masalah rakan2 yang disayangi.. Bukan xmahu mendengar masalah, tetapi mungkin hati kita sedang tidak tenang, tapi tidak pernah rakan2 kita perasan..


Mungkin kita masih belum sedar bahawa kita ini mendapat banyak masalah kerana tidak HIDUP BERSYARIAT..


Kita mengadu kepada orang lain bahawa kita sangat kecewa dengan perlakuan seseorang sedangkan dalam keadaan TiDaK SeDaR, kitalah orang yang mengecewakan orang lain dahulu.. Bagaimana pulak kita mengecewakan orang lain?


Kita telah mengecawakan orang lain dengan tidak mengajarnya cara HIDUP BERSYARIAT.. iaitu hidup berlandaskan al-Quran & sunnah Rasulullah SAW..


Kita telah mengecawakan rakan dengan TIDAK menunjukkan akhlak Islam..


Kita ingin mereka sentiasa memahami dan membantu kita, tetapi kita tidak sama sekali membantu meringankan bebannya.. beban yang saya maksdkan adalah BEBANAN HATI & PERASAAN...



JaNgAn TANYA..

APA yang orang dah bagi kt kita..
Kenapa mereka mengecawakan hati kita..


Tapi TANYAlah..

APA yang kita dah bagi kt orang lain..
Apakah kita telah beri ketenangan hidup bersyariat pada mereka..

Kala kita masih xsedarkan diri tentang ini, BARANGKALI...

HaTi kItA TeLaH ROSAK...
Dek kerana mengharapkan ganjaran dari manusia sedang ganjaran Allah itu sangat luas..
Mungkin jga kerana tidak mensyukuri nikmatnya membuatkn hati kita sombong..
MasyaAllah..

Sahabat yang dicintai,

belajarlah MeMbErI dengan iKhLaS..
kerana ada kebahagiaan yang Allah janjikan pada mereka yang suka memberi iaitu
KeTeNaNgAn HaTi..

Berilah kebahagiaan pada rakan dengan berusaha menenangkan hati mereka..

Tenangkanlah hati mereka dengan ayat-ayat ALLAH...
Perbanyakkan berISTIGHFAR...

Allah SWT berfirman:

" Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai", (QS.Nuh 71: 10-12)

Rasulullah SAW juga bersabda:
"Sesiapa yang senantiasa beristighfar, niscaya Allah SWT berikan padanya jalan keluar dari kesempitan, kelapangan dari kegalauan (musibah), dan rezeki dari arah yang tak terduga", (HR Abu Daud, dari Ibnu Abbas r.a)


Sahabat2ku yang dicintai Allah...Tetapkanlah matlamat hidupmu untuk mendapat redha Allah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan dan perkataan yang kita tuturkan.. Maka kita akan meyakini bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita..


Bermujahadahlah... kerana Allah akan tanya apa usaha kalian..bukan hasilnya..

Bahagiakan diri kalian dengan iman dan sebarkan bahagia itu..

Semoga Allah menguatkan hati ana dan kalian.. Barakallahufiq..

Wednesday, November 21, 2012

Perkembangan di Gaza 21 November 2012


21 November 2012 - Kini masuk hari ke-8, keganasan Israil ke atas Semenanjung Gaza masih berterusan. Pesawat udara Israil dan trak tentera melancarkan serangan baru yang mensasarkan kawasan berlainan di Semenanjung Gaza sementara sumber Israil melaporkan beberapa roket mengenai tentera Israil pada malam semalam dan pagi ini.

Sumber berbahasa Ibrani mendedahkan bahawa genjatan senjata yang bermula semalam telah ditunda dan Saluran 10 Israil mengatakan penangguhan diminta oleh pihak Israil.

Saluran 10 Israil turut memaklumkan pegawai Pergerakan Hamas menyatakan Israil tidak meluluskan syarat-syarat Hamas dan memutuskan untuk meneruskan peperangan, oleh itu Hamas juga akan meneruskan perang.

Sumber rasmi Hamas mengatakan genjatan senjata akan ditunda untuk satu atau dua hari berdasarkan permintaan Israil.Sumber media melaporkan wartawan agensi berita Iran cedera sewaktu serangan Israil pada waktu subuh.

Tentera Israil mendakwa mereka menyerang stok senjata, lokasi ketenteraan Hamas dan terowong yang digunakan untuk memindahkan bahan api dari Mesir ke Gaza.

Tentera Israil mengatakan mereka mensasarkan 1,500 sasaran di Gaza sejak "Operasi Turus Pertahanan", 200 telah disasarkan pada hari semalam dan pagi Rabu.Penjajah Israil memusnahkan rumah, jambatan dan institusi kerajaan di Gaza.

Dalam serangan udara terbaru, F16 mengebom rumah Mohammad al-Shaf'I di kem pelarian al-Breij di tengah Semenanjung Gaza pada waktu subuh.

Pesawat udara turut mengebom rumah Mohammad al-Hadidi di kem pelarian al-Nusseirat, memusnahkan Jambatan Wad Gaza dan jambatan lama di kawasan al-Meghrafa.

Jumlah syuhada meningkat kepada 139 dan beratus-ratus cedera.Jumlah kematian dan kecederaan akibat keganasan Israil ke atas Gaza hari ini meningkat kepada 139 syuhada dan 1,040 mangsa cedera termasuk kanak-kanak dan wanita.

Pada subuh Rabu, dua adik-beradik: Ahmad dan Khaled Abu Mura terbunuh dalam serangan udara yang mengenai Rafah, terdapat penduduk yang turut terbunuh di kawasan al-Zawayda di Gaza. 

Sementara itu seorang penduduk, Hassan Yousef terbunuh dalam serangan udara di Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.Selain itu seorang penduduk Palestin turut terbunuh dan tiga cedera dalam serangan udara terbaru berhampiran Masjid al-Shaf'e di Jabaliya di Semenanjung Gaza.

Tiga wartawan turut terbunuh pada petang Selasa: Mohammad Mussa Abu Aicha ketika serangan udara di kawasan al-Baraka di selatan Deir al-Balah sementara Hussam Salameh dan Mahmoud al-Koumi pula terbunuh dalam serangan udara yang mensasarkan kenderaan mereka di kejiranan al-Nseir di barat laut Gaza. Tiga penduduk Palestin turut syahid dalam serangan Israil yang mensasarkan sekumpulan orang awam di Jalan Baghdad di kejiranan al-Shaj'yeh.

Sumber: Palestine News Network   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

Tuesday, November 6, 2012

Bicara Hati


Bismillahirrahmanirrahim..

Hati ini teringin untuk meluahkan rasa,
tapi lidah kelu untuk berbicara,
Iman meminta dihentikan saja,
Agar terbina hubungan terpelihara..

Allah tahu apa yang terjadi antara kita,
Bertemu dimedan dakwahNya,
Berpisah kerana memelihara syariatNya,
Bertaqwa kerana patuh perintahNya,
Bertarung demi ketenangan jiwa,
Demi melawan nafsu yang tercela..

Allah menjadi saksi,
Hati ini tak pernah berhenti,
Mengingati pejuang agama Illahi,
Menginsafi dosa yang menjadi duri,
Agar perjuangan agama yang meniti hari,
Menjadi senjata buat diri..

Terkadang jiwa merudum pilu,
Menanggung bebanan mengulit rindu,
Pada mawar yang menjadi idaman kalbu,
Teruslah teguh melawan nafsu,
Kuatkan semangat perjuangan agamamu,
Teguhkanlah pendirianmu,
Yakinlah pada yang Satu,
Mawar syurga pasti menjadi milikmu,

Jangan kau damba cinta manusia,
Kerana belum tentu engkau bahagia,
Yang mungkin mengundang derita,
Hanya menambah duka & lara,

Binalah kekuatan hati,
Jadilah Islam sejati,
Amalkanlah syariat Islam ini,
Dan kau pasti mendapat redha illahi,
Demi meraih syurga yang hakiki..

Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya, Kuatkan dirimu wahai pemuda Islam, Cintailah Allah melebihi manusia agar terjaga hati, terlindung iman, terpelihara syariat,..

Hanya Tuhan Yang Tahu

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamua'laikum sahabat2ku yg dicintai Allah..

Betapa hati ini sangat merindui manisnya ukhwah antara kita.. Baru2 ni, ana ada pergi usrah daripada pelajar UiTM shah alam, alhmdulillah, sangat banyak ilmu yang dicurahkan. Terima kasih buat kakak2 usrah yg disayangi, K.Ila, K.fatimah, K.Intan, juga pd Mak cik Aminah yang sudi meluangkan masa menjemput kami untuk mengikuti usrah kalian, juga pada Khadijah, walaupun adk baru berusia 11 tahun (2012), pemikiran adik sudah lebih matang dari usiamu. Moga Allah limpahkan kebahagiaan & kekuatan pd da'ie2 ini untuk terus berjuang di medan dakwah.. semoga Allah memanjangkan umur ini didalam kebaikan mencari redha Allah..

Dalam perjuangan menimba ilmu yg kini ku tempuhi, ada saja dugaan datang menerpa. Betapa berat rasanya memikul tanggungjawab ini. Pentingnya usrah bersama naqibah agar iman kita sntiasa di recharge.. Terima kasih atas segala perkongsian ilmu..