Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Assalamua’laikum..
Alhmdulillah, ana dapat melapangkan sedikit masa bagi
menulis entry kali ini..
Ada 1 je soalan yang saya nk tanya pada anda n pada diri
saya sndiri jugak..
Sudahkah kita selesaikan tanggungjawab kita sebagai hamba
Allah & khalifah manusia??
HUBUNGAN
DENGAN ALLAH...
HUBUNGAN
DENGAN MANUSIA...
Saya
andaikan ini dengan beberapa contoh,
Contoh
Pertama,
Jika AZAN BERKUMANDANG ketika anda sedang membuat assignment
atau keje bersama rakan2, siapa yg akan anda utamakan?
Seruan Allah untuk solat atau seruan manusia utk keje2
tersebut??
Nak tau siapa yang patut kita utamakan, tengok siapa yang
LEBIH HEBAT...
Allah ke manusia??
Jawapan saya, mestilah ALLAH SEBAGAI PENCIPTA kan??
Contoh
kedua,
Jika anda pernah melakukan berhubungan dengan jantina yang
berlainan (couple) lalu anda mengetahui kebenaran Islam bahawa Allah melarang
kita mendekati zina, adakah akan anda putuskan hubungan itu semata-mata kerana
Allah??
Jawapan saya, TAK PERLU PUTUS, jika hubungan itu benar-benar ingin diakhiri
dengan pernikahan.. Bukan sebab lain!!
Sebab tu, bagi yang da pernah terlanjur dalam melakukan
kesilapan2 seperti di atas, fikirkanlah apa TUJUAN HIDUP kita yang telah Allah
tentukan dalam al-Quran..
“Tidak Aku ciptakan
jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )
Untuk yang pertama tadi (PERSOALAN KERJA), terang2 Allah
memaksudkan, manusia ini memang dicipta hanya untuk beribadah.. Bukanlah
bermaksud berada atas tikar solat 24 jam sehari, BELAJAR tu pun ibadah.. Sebab
Allah suruh kita uruskan 9 perkara dalam tempoh 24 jam, TETAPI, utamakanlah
urusan Allah..
Katakanlah
(wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa
kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu,
dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan
merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal
yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai
lebih daripada Allah dan RasulNya
dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah
mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk
kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (QS at-Taubah 9:24)
Untuk persoalan yang kedua tadi, bukankah kita WAJIB
beribadah?? Jadi, apalah
salahnya jika engkau cuba menyedarkan pasanganmu untuk
kembali pada jalan Allah.. Untuk terus putus memang payah, HATI manusia ni
memang sukar nak diduga...
TAPI, untuk menyambung hubungan itu ke peringkat
pernikahan dengan niat yang betul, insyaAllah, Allah akan pelihara dari
MENGHAMPIRI ZINA selagimana kalian berusaha untuk jaga agama Allah.. Dan Allah
akan mempermudah urusan pernikahan itu jika kalian benar2 ingin menjaga agama
Allah..
Cuma kita yang kejap yakin, kejap tak yakin je dengan JANJI ALLAH..
Kalau rasa kewangan masih goyah, ini pesanan Allah..
"Dan
kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin)
daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan
Maha Mengetahui." (QS
an-Nur 24: 32)
Tak perlu takut lamaran ditolak kekasih hati. Jika engkau
yakin dia seorangyang mengutamakan agama Allah, maka dia pasti akan mencari
jalan untuk tidak memberatimu dengan hantaran yang beribu-ribu.
Jika keluarga
yang berkehendak lebih TERUTAMA yang melibatkan adat,, terangkanlah pada mereka dengan cara yang baik agar utamakan agama dahulu...
Yakinkan mereka yang kalian akan berusaha untuk bertanggungjawab ke atas apa sahaja perkara yang mungkin berlaku..
Asalkan
ada maharnya, maka itu yang utama dalam Islam.. Berbincanglah dengan cara yang terhormat..
“Dan berikanlah kepada
perempuan-perempuan itu mas- kahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang
wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu
sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal)
itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (QS an-Nisa’ 4: 4)
JANGAN yakin apa yang saya sebutkan, TAPI.....
YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH, PASTI URUSANMU DIPERMUDAH..