Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Friday, April 8, 2011

KERANA LIDAH

Assalamualaikum sahabat..
Ingin rasanya aku bicara mengenai sakitnya hati seseorang itu yang terkadang hingga ke akhir hayatnya adalah hnya kerana lidah.. Betapa besarnya peranan lidah dalam kehidupan kita. Terkadang, manusia berfikir, dengan tudung yang labuh, jubah yang serba bertutup, serban di atas kepala, mereka dapat menampakkan bahawa mereka benar-benar telah menjalankan hukum agama Islam dengan sempurna..


Sahabat, 


Ingin aku nyatakan di sini, sehebat manapun, pakaian anda, yang bertutup itu benar lebih baik, tetapi jagalah lidah kalian. Janganlah dengan mudah menghamburkan kata-kata yang menyakiti hati insan lain. Jika mereka salah, tegurlah dengan berhemah. Apakah kalian sendiri suka apabila dikutuk atau dikritik depan org lain? Mesti la tak suka kn..


Jadi, jangan menganggap, suara lunak yang kalian miliki dapat melembutkan hati semua pendengar jika kata-kata yang dikeluarkan adalah kesat. Islam itu indah.. Manusialah yang merosakkan keindahan Islam itu...


Sahabat,


Aku bukan ustazah, tetapi aku dapat merasai betapa mereka yang terkadang dahaga ilmu agama, tetapi dikritik oleh mereka yang pintar ilmu agama hanya kerana lewat untuk belajar dan lewat menyedari kepentingan pegangan agama...


Sahabat,


Bantulah insan-insan yang memerlukan kalian untuk mengajarkan ilmu agama. Rasulullah sendiri pernah berpesan, ''sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat", Jadi, smpaikanlah kepada rakan-rakan kita, mengikut kemampuan kita.. InsyaAllah, Allah akan permudah urusan kita didunia & akhirat.. amin..



No comments:

Post a Comment

JOM KONGSI ILMU...