Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Tuesday, April 16, 2013

IYE KE SEMUA KERANA ALLAH?


Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Assalamua’laikum..

Alhmdulillah, ana dapat melapangkan sedikit masa bagi menulis entry kali ini..
Ada 1 je soalan yang saya nk tanya pada anda n pada diri saya sndiri jugak..
Sudahkah kita selesaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah & khalifah manusia??

HUBUNGAN DENGAN ALLAH...
HUBUNGAN DENGAN MANUSIA...

Saya andaikan ini dengan beberapa contoh,

Contoh Pertama,

Jika AZAN BERKUMANDANG ketika anda sedang membuat assignment atau keje bersama rakan2, siapa yg akan anda utamakan?
Seruan Allah untuk solat atau seruan manusia utk keje2 tersebut??

Nak tau siapa yang patut kita utamakan, tengok siapa yang LEBIH HEBAT...
Allah ke manusia??

Jawapan saya, mestilah ALLAH SEBAGAI PENCIPTA kan??

Contoh kedua,

Jika anda pernah melakukan berhubungan dengan jantina yang berlainan (couple) lalu anda mengetahui kebenaran Islam bahawa Allah melarang kita mendekati zina, adakah akan anda putuskan hubungan itu semata-mata kerana Allah??

Jawapan saya, TAK PERLU PUTUS,  jika hubungan itu benar-benar ingin diakhiri dengan pernikahan.. Bukan sebab lain!!

Sebab tu, bagi yang da pernah terlanjur dalam melakukan kesilapan2 seperti di atas, fikirkanlah apa TUJUAN HIDUP kita yang telah Allah tentukan dalam al-Quran..

Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”  (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

Untuk yang pertama tadi (PERSOALAN KERJA), terang2 Allah memaksudkan, manusia ini memang dicipta hanya untuk beribadah.. Bukanlah bermaksud berada atas tikar solat 24 jam sehari, BELAJAR tu pun ibadah.. Sebab Allah suruh kita uruskan 9 perkara dalam tempoh 24 jam, TETAPI, utamakanlah urusan Allah..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (QS at-Taubah 9:24)

Untuk persoalan yang kedua tadi, bukankah kita WAJIB beribadah?? Jadi, apalah 
salahnya jika engkau cuba menyedarkan pasanganmu untuk kembali pada jalan Allah.. Untuk terus putus memang payah, HATI manusia ni memang sukar nak diduga...

TAPI, untuk menyambung hubungan itu ke peringkat pernikahan dengan niat yang betul, insyaAllah, Allah akan pelihara dari MENGHAMPIRI ZINA selagimana kalian berusaha untuk jaga agama Allah.. Dan Allah akan mempermudah urusan pernikahan itu jika kalian benar2 ingin menjaga agama Allah..

Cuma kita yang kejap yakin, kejap tak yakin je dengan JANJI ALLAH.. Kalau rasa kewangan masih goyah, ini pesanan Allah..

"Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui."  (QS an-Nur 24: 32)

Tak perlu takut lamaran ditolak kekasih hati. Jika engkau yakin dia seorangyang mengutamakan agama Allah, maka dia pasti akan mencari jalan untuk tidak memberatimu dengan hantaran yang beribu-ribu.

Jika keluarga yang berkehendak lebih TERUTAMA yang melibatkan adat,, terangkanlah pada mereka dengan cara yang baik agar utamakan agama dahulu... 

Yakinkan mereka yang kalian akan berusaha untuk bertanggungjawab ke atas apa sahaja perkara yang mungkin berlaku..

Asalkan ada maharnya, maka itu yang utama dalam Islam.. Berbincanglah dengan cara yang terhormat.. 

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas- kahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (QS an-Nisa’ 4: 4)

JANGAN yakin apa yang saya sebutkan, TAPI.....
YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH, PASTI URUSANMU DIPERMUDAH..

No comments:

Post a Comment

JOM KONGSI ILMU...