Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Sunday, May 19, 2013

PENYAKIT HATI

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..

Alhmdulillah, selesai kursus fasilitator siang tadi yang bertempat di sekolah agama berdekatan masjid negeri, Selangor.


Apa yang aku dapatkan tadi?


Masalah yang selama ini ana buntu, telah pun aku dapatkan jawapannya melalui sesi bersama kak Syala n melalui program hari ini...


Beberapa ari ini, aku buntu tentang persoalan PENYAKIT HATI yang Allah nyatakan dalam firman-Nya seperti yang berikut:


SURAH al-Baqarah 2:10

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta."

Puas aku memikirkan bahawa,

selagi aku memendam perasaan,
melakukan perlakuan yang tidak menyenangkan orang sekelilingku,
mengeluarkan kata-kata yang tidak sama sekali dapat menaikkan Islam seperti syariat Allah kepada para rasul & macam2 lg..
Selagi itulah aku MENDERITA penyakit hati..
Ya, aku xmalu untuk mengaku agar aku & kalian mendapat pelajaran..

Penyakit hati ini berlaku apabila kita sering berprasangka..

Aku sering pujuk hati supaya berprasangka baik sehinggalah aku melihat keburukan yg berlaku..
DAN PALING MERISAUKAN, apabila aku menghakimi kawan2 aku..

TAK BOLEH sama sekali aku buat begitu...

MENGHAKIMI itu, hanya ALLAH yang layak...
dan yang layak bagi kita pula hanyalah belajar untuk MEMAHAMI sahabat,
BUKAN MENGHAKIMI....

Aku sering menghakimi, mgkn sbb 2 AKU juga sering dihakimi mereka..

Hmm, puas aku mencari silap aku...
Alhmdulillah, Allah beri kesedaran kepada aku tentang kesilapan aku...
Aku mahu bertindak dengan kemahuan Allah, bukan aku..

Sekiranya berlaku kesilapan,

Maka aku harus mencari silapku dahulu...
Bukan silap teman2ku...

Biar sahaja mereka mencari2 silap aku..

Mereka lakukan itu kerana mereka masih tak faham ayat2 Allah...
Maka aku xboleh salahkan mereka...
Aku yang faham ni la yang perlu terangkan dengan jelas kepada mereka tentang ayat2 Allah...

ANDAI AKU DIPERSALAHKAN,

aku harus redha,..
Wajarlah aku melakukan kesilapan kerana aku bukan tuhan..
Tetapi lebih wajar sekiranya aku memperbaiki kesilapan & bertindak dengan 'mau'Nya Allah..

Selagimana kita xdapat menjaga tingkahlaku, percakapan dan hati,

Selagi itulah penyakit hati akan terus melekat & bertambah jika xdibersihkan..

Selagimana rakan kita sendiri benci kita kerana akhlak kita, bukan benci kerana agama,

Selagi itulah kita ini sebenarnya digelar org yang berpenyakit dalam hati..

Selagimana kita tak mahu MENGAKUI KESALAHAN2 yang kita lakukan,

Selagi itulah penyakit hati ini akan terus bertambah..

sahabat kita...

mahu DIFAHAMI, bukan diHAKIMI..

sahabat kita...

mahu DITERIMA, bukan diTOLAK..

sahabat kita...

Mahu DISAYANGI, bukan DIBENCI...

Dalam proses kita melaksanakan 'mau'Nya Allah ini,

Mungkin kita akan disakiti oleh teman sendiri,
Tapi itulah proses yg dilalui rasul semasa menyampaikan ayat2 Allah..
Rasulullah dicaci, dimaki, dikutuk, dipulau, diketepi, dihina...
Malah disakiti oleh manusia sehingga baginda merasa sangat sedih..
Kita juga pasti akan merasa sakit hati walaupun kpd ahli keluarga atau teman sendiri dalam proses menyampaikan dakwah...

TAPI DAN APA YANG BAGINDA LAKUKAN??


Baginda hanya bersabar dengan tetap berusaha memberi kefahaman al-Quran kpd mereka...

Itulah sabar baginda... SABAR itu BUKAN berDIAM DIRI..
Tapi tetap berusaha walaupun dihina oleh ahli keluarganya sendiri...
Itulah SABAR BAGINDA...

SABAR BAGINDA adalah TETAP BERUSAHA MEMBERI KEFAHAMAN al-QURAN..


SABAR KITA???? DIAM?? SALAH!!!!!


Selesaikan masalah jika kita bersabar dengan hanya BERDIAM DIRI??

Tertegakkah Islam dengan sabar yang BERDIAM DIRI??

Oleh itu, bersabarlah dengan sabar nabi...

Tetap menyampaikan kefahaman Islam dengan cara yang baik walaupun dihina...
CEPAT2LAH bersihkan hati sekiranya hati kita sering menaruh syak wasangka kpd org lain..

Semua peringatan ini agar aku & engkau sentiasa beringat agar jangan mengalah dalam menegakkan sistem Allah... JZKK

No comments:

Post a Comment

JOM KONGSI ILMU...