Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Tuesday, November 27, 2012

Buatmu Teman..

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamua'laikum sahabat2 ana cintai kerana Allah...
Walaupun menyedari ilmu diri ini terlalu cetek, laju sahaja tangan ini menaip untuk berkongsi tarbiah hati ini bersama kalian.. Ingin saja aku ceritakan pada kalian, tentang manisnya bercinta dengan Allah,, Tiada rasa gusar dihati, tiada rasa marah dan benci.. Kerana itulah nikmat yang Allah beri untuk insan yang mencintaiNya..
Hari ini, seorang sahabat meluahkan perasaannya pada ana, Betapa gusarnya hati dia, turut merisaukan hati ini juga.. Kata-kata yang ku ungkapkan ini, khas buat seorang sahabat yang bernama Syarifah..

Seorang sahabat yang ana kagumi
kekuatan hatinya,

Seorang sahabat yang ana kagumi
caranya berbincang mengenai ilmu,

Seorang sahabat yang ana kagumi
pertuturannya yang sangat menjaga hati rakan2,
Sentiasa menginginkan kegembiraan pada wajah rakan2..

Seorang sahabat yang ana sayangi..
Walaupun jarang sekali saling berbicara,
Pabila kau menuturkan kata,
Menyentuh hati menggamit rasa..

Dia seorang sahabat yang istimewa..
Walaupun pakaiannya biasa2 sahaja, tetapi dia insan luar biasa..
Dia mampu memahami isi hati rakan2nya tanpa sebarang bicara..
Dia mencuba untuk mendekati Islam dengan cara yang mulia..

MasyaAllah... Telah datang pada dirinya,
Kegundahan hatinya, tiada seorang pun mengambil tahu tentang dirinya..
Kerana dia tidak mahu sesiapapun berkongsi isi hatinya..

Sahabatku, maafkan ana kerana xmampu menjadi teman yang baik,
Walaupun engkau mengenepikan aku dari senarai sahabatmu,
Tapi engkau tetap berada dalam senarai doaku..
Kerana aku tahu betapa lembutnya hatimu itu..

Andai aku bisa mendampingimu,
Ingin sekali aku usap ubun2mu,
Menjadi penenang hatimu,
Walaupun aku xmampu,

Sahabatku, terus kuatkan hatimu,
Dalam mencari tujuan dan perjuangan hidup,
Tetapkanlah matlamatmu demi mencapai Redha ALLAH..
Moga hatimu terus teguh,
Diatas jalan Redha Illahi..

Doaku agar dimana sahaja engkau berada,
Engkau sentiasa dilindungi Allah,
Demi Allah, aku sangat mencintai dirimu.....
TeRiMa kAsIh sAhAbAtKu...

No comments:

Post a Comment

JOM KONGSI ILMU...