Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Sunday, November 25, 2012

KeBaHaGiAaN DaLaM MeMbERi

Assalamualaikm sahabat2 yang dicintai Allah...

Terkadang, terasa sangat beban dihati apabila menghadapi masalah rakan2 yang disayangi.. Bukan xmahu mendengar masalah, tetapi mungkin hati kita sedang tidak tenang, tapi tidak pernah rakan2 kita perasan..


Mungkin kita masih belum sedar bahawa kita ini mendapat banyak masalah kerana tidak HIDUP BERSYARIAT..


Kita mengadu kepada orang lain bahawa kita sangat kecewa dengan perlakuan seseorang sedangkan dalam keadaan TiDaK SeDaR, kitalah orang yang mengecewakan orang lain dahulu.. Bagaimana pulak kita mengecewakan orang lain?


Kita telah mengecawakan orang lain dengan tidak mengajarnya cara HIDUP BERSYARIAT.. iaitu hidup berlandaskan al-Quran & sunnah Rasulullah SAW..


Kita telah mengecawakan rakan dengan TIDAK menunjukkan akhlak Islam..


Kita ingin mereka sentiasa memahami dan membantu kita, tetapi kita tidak sama sekali membantu meringankan bebannya.. beban yang saya maksdkan adalah BEBANAN HATI & PERASAAN...



JaNgAn TANYA..

APA yang orang dah bagi kt kita..
Kenapa mereka mengecawakan hati kita..


Tapi TANYAlah..

APA yang kita dah bagi kt orang lain..
Apakah kita telah beri ketenangan hidup bersyariat pada mereka..

Kala kita masih xsedarkan diri tentang ini, BARANGKALI...

HaTi kItA TeLaH ROSAK...
Dek kerana mengharapkan ganjaran dari manusia sedang ganjaran Allah itu sangat luas..
Mungkin jga kerana tidak mensyukuri nikmatnya membuatkn hati kita sombong..
MasyaAllah..

Sahabat yang dicintai,

belajarlah MeMbErI dengan iKhLaS..
kerana ada kebahagiaan yang Allah janjikan pada mereka yang suka memberi iaitu
KeTeNaNgAn HaTi..

Berilah kebahagiaan pada rakan dengan berusaha menenangkan hati mereka..

Tenangkanlah hati mereka dengan ayat-ayat ALLAH...
Perbanyakkan berISTIGHFAR...

Allah SWT berfirman:

" Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai", (QS.Nuh 71: 10-12)

Rasulullah SAW juga bersabda:
"Sesiapa yang senantiasa beristighfar, niscaya Allah SWT berikan padanya jalan keluar dari kesempitan, kelapangan dari kegalauan (musibah), dan rezeki dari arah yang tak terduga", (HR Abu Daud, dari Ibnu Abbas r.a)


Sahabat2ku yang dicintai Allah...Tetapkanlah matlamat hidupmu untuk mendapat redha Allah dalam setiap perbuatan yang kita lakukan dan perkataan yang kita tuturkan.. Maka kita akan meyakini bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita..


Bermujahadahlah... kerana Allah akan tanya apa usaha kalian..bukan hasilnya..

Bahagiakan diri kalian dengan iman dan sebarkan bahagia itu..

Semoga Allah menguatkan hati ana dan kalian.. Barakallahufiq..

No comments:

Post a Comment

JOM KONGSI ILMU...