Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Friday, December 21, 2012

CULTURE SHOCK??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamua'laikum...


Hari ini, ada satu perasaan seakan ingin berhenti sahaja daripada belajar di kolej. Memang, kejutan budaya disini membuatkan ana beristighfar panjang..Haish.. 


Besar juga dugaan belajar di tempat yang begitu asing dengan ilmu Islam.. Berhari2 aku menangis kerana seakan tidak kuat untuk menghadapi hari esok di kolej ini..

Sahabat pertama yang ana kenali adalah seorang lelaki cina yang ana gelarkan ah hong. Seorang yang sangat peramah dan suka tertawa ceria. sifatnya yang agak matang & sedikit keanak-anakan membuatkan ana merasa dihormati & sering dibantu setiap kali ada masalah tentang pelajaran. Walaubagaimanapun, dia tetap seorg lelaki cina yang tidak pernah tau mengenai ikhtilat antara perempuan dan lelaki di dalam Islam.


Sedikit2, ana cuba menceritakan tentang bahagianya ana dengan agama Islam. Agama yang telah memelihara kaum wanita dan mengangkat darjat kaum wanita. Kalau bagi agama lain, lelaki mempunyai kuasa yang dominan, tetapi Islam adalah agama yang sangat adil. Adil adalah meletakkan sesuatu hak pada tempatnya. Disini, Islam telah meletakkan kuasa lelaki pada sesuatu hak dan perempuan pada sesuatu hak yang lain pula.Tiada berat sebelah.

Islam telah menjaga hak setiap muslim dengan berhemah. hanya manusia sahaja yang salah menggunakan hak tersebut. Termasuklah soal poligami dalam Islam yang dikatakan menindas kaum wanita. Sedang poligami itu sebenarnya adalah bertujuan untuk mengurangkan bilangan isteri yang ramai pada zaman dahulu daripada berbelas2 sehinggalah Allah menghadkan kepada 4 sahaja itupun disertai dengan syarat yang sangat ketat.

Lelaki yang tidak boleh berlaku adil, maka tidak boleh menikah lebih dari 1. Msih terdapat banyak lagi yang perlu dihuraikan. Ana tidaklah terlalu bijak dalam menghuraikan ilmu agama, yang ada hanyalah sekadarnya.


Berbalik kepada persoalan ana dengan sahabat ana bernama ah hong td, sangat banyak persoalan mengenai agama Islam yang ditujukan buat ana. Tentang hari kiamat, & macam2 lagi.


Ana harap, ah hong tidak berkecil hati apabila ana terkadang memarahinya apabila dia melakukan sesuatu perkara yang bagi ana, menjatuhkan maruah ana sebagai perempuan Islam.


Juga maaf yang tidak terucap buat sahabat senior bernama Najib yang secara tidak sengajanya, ana menegur dengan cara yang mungkin memalukan dia. Semua ini ana lakukan kerana tidak mahu didekati apatahlagi disentuh oleh lelaki asing. Semoga insan2 yang ana hormati ini memaafkan ana. Ana kurang bijak dalam menegur insan2 disekeliling ana. Terlalu banyak kekurangan ana.


Ana mahu memelihara diri ana dari disentuh mana2 lelaki..
Ana tidak mahu didekati lelaki..
Ana mahu menjaga batasan dalam pergaulan..
Ana mahu menjadi mawar agama..
Ana mahu memelihara diri ana..
Ana mahu Allah meredhai setiap perbuatan ana..
Ana mahu Allah meredhai setiap kata2 ana..
Semua ini kerana ana tau, Islam sangat memelihara maruah wanita.. Dan ana ingin menjadi wanita yang terpelihara..


Islam adalah satu-satunya agama yang memelihara wanita, mengangkat martabat wanita,, Hanya lelaki bergelar suami yang layak menyentuh mawar agama Islam.. Itupun seorang suami yang mampu membimbing zaujahnya ke jalan syurga..



Andainya bisa ana sampaikan kepada semua lelaki di luar sana....


Jangan sesekali kau mendekat dengan mawar agama..
Jangan sesekali engkau cuba menyentuh mawar agama..Jangan sesekali engkau mengusik mawar agama..


Dan hanya yang benar2 layak sahaja yang mampu memilikinya..

Allah, jika pernikahan itu lebih menjaga agamaku, maka ENGKAU permudahkanlah ia..
Jika pembelajaranku lebih penting buatku di saat ini, maka kuatkanlah aku untuk terus tegar membela agamaMU..

Buat pelajar2 A***N, maafkan perlakuan ana yang kalian menganggap seperti mengasingkan diri..

Mahalkan dirimu dengan agama..
Putuskan hubunganmu dengan perkara yang sia2..
Jalinkan ikatanmu dengan Allah..
Eratkan hidupmu dengan sunnah Rasulullah..
Bahagiakan duniamu dengan al-Quran..

Akhir kalam, maaf di atas semua sikap ana yang tidak sopan.. Teruslah kalian berusaha mencari kebenaran hidup beragama.. Tetapkan matlamat untuk menggapai redha Allah.. 
wallahu a'lam
DaRi Anamus Lim (Nurul Iffah Abu Bakar)



No comments:

Post a Comment

JOM KONGSI ILMU...