Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Thursday, March 21, 2013

DIARI HATI SEORANG TEMAN


Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lg MAHA PENYAYANG..

Hari itu, ana ditegur seorang teman, dia bertanya,
“Apa rasa kalau kita asik dikritik?”

Tidak ana jawab pertanyaan itu. Dari wajahmu, jelas antum kurang berpuas hati dengan perlakuan ana. Iya, mungkin ana silap kerana sering mengingatkan dirinya. Bukanlah niat ana untuk merendahkan antum, tetapi ana ingin antum menjadi insan yang menjaga tutur kata.

Antum mungkin tidak pernah dengar kritikan sahabat-sahabat yang lain secara terus, tetapi bila ana mendengar orang lain menceritakan tentang tutur kata antum, kecil hati ana...kerana mereka mempertikaikan kekurangan antum pada ana.. Tapi bila ana tegur secara terus, antum memberi soalan yang sangat mengguris hati ini.. Baru ana sedar, kenapa mereka tidak berani menegur antum depan-depan antum.. Mereka khuatir antum mengeluarkan kata-kata yang mungkin menyakiti mereka..

Sahabat, mungkin antum terlupa, ana yang terlebih dahulu dikritik oleh taman-teman dahulu sedang antum belum pernah merasainya. Bukanlah ana menyalahkan antum, tetapi ana ingin antum sedar, bukan antum seorang yang ada masalah. DIA beri ujian, bukan untuk suruh kita menyesal, tetapi DIA ingin kita bijak menyelesaikan ujian yang menerpa. Terkadang antum dapat berfikir dengan tenang dan menjawab soalan ana dengan bijaksana, tetapi antum lebih sering beremosi setiap kali ana berbicara... Tak mengapa, mungkin antum belum mengerti ana...

Wajah itu sering memperlihatkan mimik yang kurang berpuas hati setiap kali diri ini menuturkan kata-kata. Mungkin tidak antum sedari kerana bukan antum yang melihat wajah antum setiap masa, tetapi teman-teman antum yang memerhatikan wajah dan tingkahlaku diri antum,.

Jika ana menolak setiap pendapat antum itu salah bagi antum, maka iya, ana salah...
Walaupun bagi ana, ana hanya salah kalau ana melanggar hukum Allah...

Mungkin antum anggap ana keras hati kerana tidak mengerti hatimu dan keinginan antum, tetapi ana ingin utamakan perintah pencipta ana, dan ana ingin menjaga hati ana dari rosak kerana kejahilan ana membuat keputusan. Maaf, ana bukan tuhan yang bisa meneka apa yang terbuku di hati jika tidak antum nyatakan apa masalah yang antum hadapi.

Sebelum antum merasa kecil hati dengan setiap teguran ana, pernahkah antum terfikir bahawa temanmu ini juga sering berkecil hati dengan kata-katamu? Mungkin antum terlupa, maka ana abaikan. Ana pun pernah buat silap, kerana ana manusia. Ana ingin orang lain memaafkan setiap kesilapan ana, maka ana memaafkan kesilapan orang lain. Mungkin antum belum tahu, apa yang ana rasai. Maka ana memafkan segala kekasaran antum pada ana yang mungkin tidak pernah antum sedari.

Apakah antum mengira ana membencimu kerana mendiamkanmu?? tidakkah antum terfikir bahawa ana berdiam adalah kerana ana ingin antum bermuhasabah sepertimana ana lakukan.Ana ingin, antum menjadi solehah yang berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sebarang pendapat. Tidakkah antum perasan, antum sering berbicara seperti tiada had dalam berkata-kata?? Ana juga terkadang terlepas bicara sehingga mengguris hati antum. Kerana kesedaran itulah, ana mengelakkan diri dari terus berbicara. Ana ingin belajar mengawal kata-kata.

Sahabat, betapa ana merindui sifat tenang dirimu yang semakin terhakis kerana prasangkamu. Seringkali engkau menebak apakah perasaanku, walaupun tidak pernah tepat, aku tetap mengiyakan kerana ana ingin antum merasa antum telah melakukan usaha yang terbaik untuk mengenali sahabatmu ini...

Terkadang, ana merasa tidak ada orang yang dapat berfikir sepertimana yang ana fikirkan. Memang iya, tidak ada seorangpun di kolej ini yang memahami ana. Termasuklah dirimu. Alhamdulillah, pertemuan dengan kak hartini membuat hati ana rasa tenang setiapkali bertemu dengannya. Redup pandangannya sehingga menambah gembira di hati. Terima kasih kak hartini. Antum telah mendamaikan jiwa ana yang resah dengan ayat-ayat Allah.. Tiada lagi prasangka buruk yang mampu menguasai jiwa ana.

Pesan penciptaku,
“Dan jika engkau menurut kebanyakkan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta”.
(QS 6:116)

Sahabat, jika antum menggunakan pendengaran, penglihatan dan hati, antum akan dapat rasai getaran yang hebat daripada peringatan Allah ini... Perhatikanlah dengan tenang...

“Adakah antum masih sering berprasangka? Lupakah antum pd ayat2 peringatan ini? Bukankah manusia itu sering menipu dirimu? Mereka menyuruh melakukan apa yang mereka sendiri tidak lakukan. Apakah kita ingin digolongkan dalam golongan ini?”

Penciptaku berpesan lagi,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”.
(QS  61: 2-3)

Teman, jika engkau masih tidak mahu mendengar ayat-ayat ini, maka ini peringatan penciptaku untuk ana dan antum!!

Dalam hati mereka ada penyakit (dengki, iri hati) lalu ditambah oleh Allah, penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.
(QS 2:10)

Sahabat, selagimana kita masih bersikap menjauhkan diri dari ayat-ayat Allah, selagi itulah engkau takkan dapat rasa nikmatnya bercinta dengan Allah. Semua itu kerana penyakit yang ada dalam hati, tidak diubati dengan ayat-ayat ALLAH..

“Apakah antum menyangka antum telah melakukan yang terbaik??
Inilah jawapan pencipta kita!!

“Dan orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini (adalah orang yang paling rugi), Sedangkan mereka menyangka telah berbuat sebaik-baiknya (dalam sesuatu hal)”.
(QS 18:104)

Bukan aku yang berpesan kepadamu, tetapi penciptaku yang beri peringatan kepada kita. Buktikanlah ia salah kalau engkau orang yang benar!!

Sahabat, ana tak mahu kita menjadi orang yang sia-sia perbuatannya.... Matanglah dalam membuat keputusan..
Matang dalam membuat keputusan itu, adalah mereka yang membuat keputusan dengan 'mau'nya Allah, bukan diri sendiri...
Pentingkanlah urusan agama dalam setiap tindakan..
Ana sendiri juga masih banyak kesilapan...
Ilmu ana masih terlalu dangkal...
Ana tak layak memberi nasihat pada antum kerana hanya Allah yang layak...

Tegurlah ana HANYA DENGAN AYAT-AYAT ALLAH..
Kerana dengan ayat-ayatNya, hati ini bergetar hebat...
Ana tidak sempurna, maka bantulah ana...
Didiklah ana dengan ISLAM... Bukan dengan cacian...
Bukankah Islam itu agama yang menasihati??

Teman.....
Ana tak mahu menjadi orang yang paling rugi dalam dunia...
Ana menyampaikan ini semua, bukan kerana benci, tetapi kerana ana sangat menyayangi antum..
Ana ingin kita bersama-sama berjuang menggapai redha Allah..
Ana ingin kita sama-sama kuat di jalan dakwah...
Ana ingin, kita bersama-sama melanggah ke syurga Allah...
Ana mencintaimu sahabatku... Jadilah pejuang agama...
Bukan untuk dunia, tapi untuk akhirat..
Bukan dipandangan manusia, tapi di pandangan Allah...
Ana uhibbuki fillah...

No comments:

Post a Comment

JOM KONGSI ILMU...