Bismillahirrahmanirrahim...

BACA GUNA HATI ye.... (^_-)

Monday, March 25, 2013

Peristiwa Kem Motivasi dan smart solat di Masjid as-Salam Puchong

Dengan nama Allah yg MAHA PEMURAH lg MAHA PENYAYANG..

Assalamua'laikum..


Semalam, ana br sahaja balik daripada kem motivasi & smart solat.. 

Alhmdulillah, ana dapat sebarkan sedikit ilmu buat adik2..
Mungkin ana ini lebih sesuai jd pengajar agaknya.. hukhuk..

Kem dijalankan selama 3 hari, 3 malam bermula jumaat malam sabtu..

Ana kena pegi rtm jumaat mlm sbtu, jd, ana dapat pegi kem pd sabtu pagi hgga hari ahad mlm..
(23-24hb Mac 2013: Sabtu & ahad)
Ketika tiba di program, ana melihat adik2 semua sedang berkumpul.
Rindu ana untuk mengajar bertamu di hati..
Itulah perkara yang paling ana suka... menyebarkan ilmu.. (^_^)
Masa yang ada untuk berkongsi ilmu sangat terhad..

Yang paling ana suka, semasa mlm kedua ana disana iaitu ahad malam isnin..

Ada masak barbeque.. MasyaAllah... terima kasih buat barisan urusetia..
En.Syahir, en. Hafis, serta encik2 yg lain, kak Norlida, kak su, kak zarini & kakak2 yang lain...
Terima kasih penglibatan semua insan2 yang terlibat dlm program ini..

Malam 2, sesi luahan hati..

Hampir semua pelajar lelaki kata ana garang..
Tapi tak seorang pelajar perempuan pun kata ana garang.. huiyoo..
Mungkin kerana ana lebih bersikap lembut dengan pelajar perempuan..
Hati mereka mudah lentur.. sedikit berlainan berbanding pelajar lelaki..

Malam last 2, ana bersalaman dengan adik2..

Setiap kali ana peluk seorang demi seorang, mereka menangis..
Apa yang ana buat??
Ana tiupkan kata2 semangat agar mereka tidak meninggalkan al-Quran sebagai pegangan hidup..
"Jangan tinggalkan al-Quran ye dik...Allah pasti jaga kita.."
Terharu hati ana melihat mereka..

Ketika ana sedang mengemas beg untuk pulang,

datang seorang pelajar bertanya..
"Kak, boleh saya peluk akak?"
MasyaAllah... hampir berderai air mata ini...
Ana terus peluk adik itu yang tingginya hanya separas pinggang ana..
Menangis adik itu di pelukan ana..
Ana cium ubun2nya agar dia merasa kasih sayang ana padanya...

Kemudian, datang lagi seorang pelajar, ingin menyalami ana..

Ana hulurkan tangan dan memeluknya..
Ana ingatkan lagi tentang al-Quran agar dia tidak meninggalkannya..
Adik itu pun turut menangis dalam dakapan ana..

Allah, betapa lembutnya hati adik2 ini..

Mereka sedang mencari cahaya untuk mendapat rahmatMU Allah..
Kelembutan tidak pernah kalah dengan kekerasan..
Walaupun mereka nampak seperti kasar, di hati, mereka sangat rapuh..
Memerlukan sokongan kepada insan yang mempunyai hati untuk mengerti perasaan mereka..

Tatkala ana keluar untuk meninggalkan adik2 itu,

seorang pelajar keluar dan berjumpa dengan ana...
katanya,
"Kak iffah, sebelum akak pergi, akak doakan saya ye, saya PMR tahun ni.. Doakan saya dapat 8A.."
Adik itu menyalami tanganku dan aku terus memeluknya...
Menangis adik itu dalam pelukanku..

Sukar rasanya untuk berpisah dengan kalian...

Ana tau, mereka terlalu menginginkan rasa selamat itu..
Mereka terhibur dan merasa tenang ketika ana menyampaikan beberapa ayat2 Allah...
Mereka dahagakan ilmu agama...
Mereka bukan datang untuk menerima tekanan daripada fasilitator,
Tapi mereka ingin pencerahan tentang agama...
Mereka ingin ketenangan....

Tak banyak yang dapat ana lakukan untuk mereka...

Moga Allah terangkan hati mereka dengan sinaran ilmu Allah..
Subhanallah,....
Inilah satu2nya kem yang sangat menyentuh hati ana...

Walaupun berlaku sedikit salah faham antara ana & seorang sahabat,

Sehingga menyebabkan ana ditolak ke tepi, xmengapa..
Mungkin saja sahabat ini belum mengerti apa yang ana lakukan..
Setiap perkara yang berlaku, pasti ada sebab..
Jadi, jangan mudah kita menghakimi sesuatu keadaan itu sebelum bertanya, mengapa ia berlaku..
Jika kita tak cari penjelasan, maka kita sesat..

Ana tak pernah berniat nak ambil hati adik2 supaya suka ana...

Tapi ana niatkan, ana nak sebarkan ayat2 Allah...
Mungkin kerana itu, Allah benarkan niat ana dan mempermudah urusan ana,..
Jadi, setiap kali ana berbicara, adik2 akan terdiam..
Setiap amal, bermula dengan niat..
Ana telah dapat apa yang ana niatkan...
Kalau ana niatkn nak jadi ketua, hanya itu yang ana dapat...
Dengan niat itu, ana takkan dapat naikkan Islam...
Ummat pula mungkin akan berpecah belah...
Jika kita ada prasangka buruk, maka berdoalahh supaya Allah membersihkan hati ini dari penyakit hati....


"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."
(QS 2:10)



Bukankah kita perlu naikkan Islam??

Rasulullah sanggup mengenepikan status dirinya sebagai rasul Allah agar Islam tersebar,
Mengapa ana tak boleh??
Jadi, ana ketepikan diri ana untuk beri laluan pada sahabat ana untuk tonjolkan dirinya..
Moga teman ana ini berjaya menjadi mujahidah Islam...
Ana redha..
Asalkan teman2 ana bahagia, tak mengapa kalaupun ana tidak gembira dengannya, kerana ana gembira dengan Allah..
Ana tak mengharapkan persahabatan dengan manusia sebagai yang lebih utama berbanding Allah...
Moga kita mendapat pelajaran..

Jika kalian menggunakan hati untuk membaca kata2 ana ini,

Kalian pasti akan dapat pelajaran..
Bukan saja2 ana taip entry ini...
Ada faham...?? (^_^)

Kata-kata terakhir ana,

Jika kalian pernah merasa kecil hati dengan ibu bapa atau teman2,
Muhasabahlah diri sendiri...
Mungkin kita pernah menyakiti orang lain dalam keadaan tidak sedar,
Jadi, Allah ingatkan kita dengan perlakuan orang lain pada kita...

Ingin diri disayangi, belajarlah untuk menyayangi....

Ingin diri dihormati, belajarlah menghormati...
Ingin diri dihargai, belajarlah menghargai...

Kalau kalian ada hati, kata2 ini pasti akan memberi kesan..

Jika tidak, mungkin kerana hati kita telah mati..
Maka kita tidak mahu belajar untuk memperbaiki diri...

Orang bijak, akan mencari salah diri dan memperbaikinya...

Orang jahil akan mencari salah orang lain,.
Kita dalam golongan yg mana?? Fikirkanlah jika kalian ada hati..


“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.....” (Al-Hujurat : 12)


Maaf atas segala kesilapan ana...
Entry ini adalah untuk mengingatkan diri ana yang hina ini, dan buat kalian juga...
Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan..
(^_^)

No comments:

Post a Comment

JOM KONGSI ILMU...